BAHAN2 (UNTUK 3-5 ORANG)
3 sudu minyak untuk menumis
2 ulas bawang putih (dititik)
sebatang serai(dititik)
4 sudu makan sos tiram
3 sudu sos cili
1/4 cawan air
sekeping dada ayam (dihiris nipis)
5 ekor udang
2 ekor sotong (dipotong)
1 cili api (diketuk)
setengah batang saderi (dipotong nipis)
setengah biji bawang holland (dimayang tebal)
1/4 bunga kobis (dipotong kecil2)
setengah batang lobak merah (dihiris nipis)
3 helai daun limau purut (diracik kasar)
1 sudu kicap manis
daun sup (untuk hiasan)
CARA-CARA
1.masukkan minyak,tumis bawang putih dan serai hingga naik bau
2.masukkan sos tiram dan sos cili,kacau seketika,kemudian masukkan ayam,udang,sotong.kacau rata,kemudian masukkan air.
3.apabila air mendidih,masukkan sayuran bunga kobis,batang saderi,bawang holland,lobak merah,cili api,dan daun limau purut.
4.masukkan kicap dan perasakan secubit garam.kacau rata hingga masak.
5.paprik sedia dihidang.taburkan daun sup.selamat mencuba..;)
No comments:
Post a Comment