Followers

Sunday, 22 July 2012

FATT CHOY BERSOS TIRAM




BAHAN-BAHAN (UNTUK 2-3 ORANG)


seikat fatt choy @ sawi cina
3 sudu makan minyak masak
4 ulas bawang putih (dicincang halus)
6 sudu sos tiram
1/2 cawan air
1/2 sudu makan tepung jagung (dibancuh dengan 5 sudu air)
secubit garam


CARA-CARA


1.celur @ rebus fatt choy terlebih dahulu dengan mencampur 1/2 sudu teh minyak dan secubit garam ke dalam periuk..
2.angkat dan toskan fatt choy dan susun ke dalam  pinggan.ketepikan.
3.untuk kuah,panaskan minyak ke dalam kuali.tumis bawang putih yang telah dicincang hingga naik bau
4.masukkan sos tiram dan air.kacau hingga  mendidih
5.masukkan bancuhan tepung jagung,kacau hingga mendidih.tutup api.
6.curahkan kuah yang telah masak ke atas fatt choy yang telah direbus td..sedia dimakan..selamat mencuba..;) 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...